Wednesday 15 April 2020

Assalamualaikum ...... Ya Allah..lamanya tak menjengah blog ni.. tetiba shj teringat nk menulis especially time PKP/MCO ni .. PKP = Perintah Kawalan Pergerakan MCO = Movement Control Order Sesungguhnya tahun 2020 ni akan tersemat menjadi sejarah bukan hanya di Malaysia tetapi seluruh dunia.. Sebelum ni kita hanya tertunggu2 tahun 2020 sebab adanya Wawasan 2020... TAPI rupanya ada satu lagi peristiwa besar..sangat besar iaitu Serangan Pandemik Covid-19.. AllahuAkbar.. Covid-19 ni telah mengubah keseluruhan cara hidup kita.. PKP bermula 18 -31 MAc 2020... itu fasa pertaman. 2 minggu tak cukup utk putuskan rantaian covid19 ni.. then kerajaan extend lagi Fasa 2 1-14 April 2020.. namun begitu kes masih banyak..maka tambah lagi 2 minggu 15-28 April.. YA ALLAH.... ok cerita skit tentang PKP ni.. kita xboleh keluar ..kena duduk rumah..jangan berjalan ke sana ke sini ke sana ke sini.... hanya ketua keluarga shj yang dibenarkan keluar untuk membeli brng keperluan.. no more kenduri, no more perhimpunan..no ore pergi pasar..p window2 shopping..huhu... rindunya nk keluar window shoppoing.. anak2 semua ada kat rumah...ALHAMDULILLAH... semua ada di depan mata.. ok..nnti bila2 sambung lagi

Sunday 14 July 2019

Assalamualaikum .... lama betul tak menjengah ke blog ni..siap dah lupa yg kita ni ada blog rupanya..hahah

Monday 21 May 2012

PICNIC

Assalamualaikum............ This time i would like to share our picnic. Guess where??
Ya...right ! kat pantai seagate..hehe..boleh nampak pulau jerjak kat belakang tu.. it’s my hubby’s plan, last minute plan. I did'nt have time to prepare the meal, plus i just finish my confinement, so we decide to bring tupperware and just tapau kat kedai je..
Actually ini cubaan picnic kami yg kedua selepas cubaan pertama failed. Time tu kami dah jumpa port yang sgt menarik, kat teluk bayu but unfortunately my hubby was attacked by giant ants.huhu... Hubby i ni pun sgt2 allergic pd gigitan serangga, habis bengkak seluruh muka dan badan dia..huh..memang panic sgt2 time tu...plus masa tu dalam 7 bulan pregnancy. My hubby punya teruk allergic dia, sampai dia nak pitam, dah gelap mata , nasib masa tu I yg drive. Hakim n Husna senyap je dok kat belakang, diarng pun takut tgk abah cam tu....sampai klinik doc bagi injection, then barula surut sedikit demi sedikit, dapat mc jugak lah keesokkan harinya...memang tak sangka betul.

Saturday 19 May 2012

new baby

Assalamualaikum............... setelah sekian lama, suddenly teringat nak update blog ni. Rasanya memang lama sgt dah tak update, nasib baik password still ingat lagi.hehe....... last year on 12th october, i got a new baby girl..alhamdulillah everything went smooth n well. Allah yg Maha berkuasa, memudahkan segala urusan hambaNya. selepas pening2 lalat memikirkan nama yang sesuai for this little cute baby(nurin hannah ke ..aisyah hannah ke..raihan hannah ke..or mcm kakak dia farahul hannah) then we agreed on najihatul hannah (parent yg suggest). maksudnya kejayaan dan kasih sayang...ummi doakan mudah2an hannah akan berjaya dunia dan akhirat,dan menjadi anak yg solehah dan mudah2an kelahiran hannah akan mengukuhkan lg kasih sayang antara kita sekeluarga....amin ya rabbal alamin.
Abang hakim and kakak husna pun bukan main happy lg dpt baby..masing2 berebut nak dukung hannah..especially kakak husna la..before this dia ada baby doll nama dania ..dia buat dania tu macam baby betul, lepas hannah lahir suka lah dia ..and one thing about husna ni, dia rajin tolong ummi masa dlm pantang...but at the same time terserlah 'kejealousannya' ngan hannah. I still remember, macam mana kita buat kat hannah(i mean kita mandikan, siapkan, pakaikan minyak telon, bedak etc..)dia pun nak kita buat cam tu kat dia..even dia nak minum susu dlm botol walaupun sebenarnya dia dah lama stop botol..huhu...nasib baik opah dia pandai melayan n pujuk dia...

Tuesday 21 June 2011

Petua Anak Dengar Kata Ibubapa

بسم الله الرحمن الرحيم


Tertarik dengan entry dari http://dis-mysimpleworld.blogspot.com ni...Petua agar anak ikut cakap ibu bapa...Insyaallah akan dipraktikkan dengan Muhamad Luqmanul Hakim and Farahul Husna.Mudah-mudahan menjadi anak yang solehah...Amin..


1.Setiap pagi, sebelum pergi sekolah, anda berdiri di belakang anak dan kedua-duanya (anak dan ibu atau bapa) menghadap kiblat.


2.Letakkan kedua-dua telapak tangan ibu/ayah yang dirapatkan atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang 1 inci dari rambut.


3. Bacakan al Fatihah dan Alam-nash-rah... hingga habis.


4. Niat dalam hati mohon pada Allah: "Ya Allah permudahkanlah anak aku ini untuk belajar dan diterangkan hati, lembutkan hati dan ditetapkan iman dan mohon anak aku ini mendengar cakap ibu bapanya".


5. Kucup dahi anak dan biarkan dia pergi ke sekolah. Telapak tangan anda (ibu/bapa) ada aura dan gunakannya sebaik-baiknya.

Monday 18 April 2011

Petua Menangani STRESS.....


Petua Menangani Stress: DMFK (Dato Dr. Fadzilah Kamsah)

•Kenal pasti tahap tekanan
•Cari punca tekanan
•Koreksi dan muhasabah diri
•Perkemaskan kaedah mengurus emosi
•Kaji semula pegangan hidup
•Seimbangkan kehidupan
•Urus diri dengan sebaik mungkin
•Kuatkan hubungan dengan Allah s.w.t
•Baiki hubungan sesama manusia
•Hiasi peribadi dengan akhlak mulia
•Istiqamah melakukan kegiatan fizikal
•Lakukan amalan pencegahan
•Lakukan aktiviti santai
•Amalkan kaedah rawatan yang berkesan
•Hidupkan suasana ketenangan dan kecerian
•Luahkan masalah kepada seseorang yang dipercayai.